Isnin, 27 Ogos 2012

Ayam Goreng Kicap

Assalamualikum.
     Hari2 mau masak. Jadi jaangan lupa, hari2 mau makan. Apa lagi mari kita masak kat AkuNakMasak.
Menu kita hari ini ialah Ayam goreng kicap.

Bahan2:
Menu untuk (ramai yang boleh makan)

1 ekor ayam
Serbuk kunyit
garam
bawang besar 2 biji (dipotong bulat)
bawang putih 5 ulas(dipotong)
halia (dipotong halus)
minyak masak
Kicap manis/ kicap biasa

Cara2:

Ayam yang siap di potong, digaulkan garam serta serbuk kunyit. kemudian goreng ayam seperti biasa.
setelah selesai menggoreng ayam, minyak yang digunakkan tadi dikeluarkan separuh. tumis bawang putih, bawang besar dan halia. setelah naik bau, masukkan ayam goreng dan gaulkan sehingga sebati.
 padamkan api, kemudian masukkan kicap manis/ kicap biasa gaul sekali lagi.Ayam masak kicap siap dihidang. Sambil makan jom layan lagu kat >>>>>treshermarl.blogspot.com<<<<<

Nasi Ayam

Assalamualaikum.
  Tiba hari minggu biasanya bersantai je kat rumah. Jadi apa lagi, AkuNakMasak la jawabnya. Sebenarnya Apa yang aku nak bagi tau ni Aku Yang Kena Masak hahahaha. Apa lagi Jom Layan masak Sambil Layan Lagu kat sini >>>>>MemanggilaBeb<<<<< 
     Jadi menu kita hari ini ialah Nasi Ayam.





Bahan2: (2-4 orang je yang makan)

Beras 1/2 kg
Ayam 1/2 ekor
majerin (untuk menumis)
bawang besar 3 biji
bawang putih 1 biji
halia 
kulit kayu manis
biji pelaga
bunga cengkih
bunga lawang
sos cili
sos tiram
timun 
tomato
salad
garam
kiub ayam

Cara2:

Ayam
Ayam hendaklah direbus terlebih dahulu bersama halia yang dipotong nipis.
ayam yang siap direbus digaul bersama bawang putih dan bawang besar yang dikisar serta
sos cili dan sos tiram (perapkan 20 minit)
kemudian goreng @ dibakar.
Air rebusan boleh dibuat sup.

Nasi
(gunakan periuk)
Tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan kulit kayu manis, biji pelaga, bunga lawang, kiub ayam (gunakan majerin). setelah naik bau harum tumisan itu tadi, masukkan beras yang telah dibasuh dan dituskan bersama halia yang dipotong nipis. gaulkan seketika hingga sebati bersama garam secukup rasa. masukkan air rebusan ayam mengikut sukatan yang bersesuaian. kemudian sedia untuk dimasak seperti biasa.

Setelah siap semuanya hiaskan dengan salad, timun dan tomato. selamat menjamu selera sambil melayan lagu 


Rabu, 22 Ogos 2012

Nasi Goreng Kampung

Assalamualaikum.
     Bertemu lagi, hari ni malas nak memasak yang Grand laaa.... jadi fikir2 buat yg simple jer la.
jadi menu kita hari ni Nasi goreng kampung je la yeee.



Bahan2:

menu untuk 2 org makan.

Nasi putih ((2 pinggan)
ikan bilis (segenggam)
telur ayam (2 biji)
cili padi (5-10 biji ) dipotong.
bawang besar (sebiji) ditumbuk.
bawang putih (3 ulas) ditumbuk
garam (secukup rasa)
minyak (hanya utk menumis sahaja)

Cara2:

Ikan bilis di goreng dahulu. begitu juga dengan telur ayam digoreng dengan hancur.
Tumis bawang besar, bawang putih dan cili. setelah naik bau, masukan nasi putih
 ikan bilis dan telur ayam hancur yang telah di goreng tadi. masukkan garam dan
goreng sehingga sebati. setelah masak hidangkan untuk disantap.apa lagi layan lagu
leeee. www.treshermarl.blogspot.com  Selamat menjamu selera.

Selasa, 21 Ogos 2012

Ayam Bakar Ala-Ala BBQ


Assalamualaikum.
     Bertemu kembali kita hari ini.Saya sebagai Chef pada hari ini, saya akan mengajar anda memasak.........Ayam Bakar Ala-Ala BBQ .....



Bahan:
1. Ayam (1kg) potong 16
2. Bawang merah (1/2kg)
3. Halia (40g)
4. Kunyit hidup (50g)
5. Serai (5 batang)
6. Cili merah (4-5 biji)
7.Madu lebah, Jintan putih,Jintan manis dan Serbuk kunyit (3 sudu)
8.  Minyak jagung
9. Garam (secukup rasa)
Cara:
Ayam yang dipotong tadi dibasuh dan ditapis airnya. Kisarkan barang 2-7, kemudian gaulkan ayam bersama minyak jagung dan garam secukup rasa. Perapkan sehingga 1 jam.

Kemudian bolehlah dibakar. Dan sediakan sos untuk melazatkan  Ayam Bakar Ala-Ala BBQ 

Selamat Menjamu Selera. Sambil Melayan Lagu Di treshermarl.blogspot.com