Selasa, 21 Ogos 2012

Ayam Bakar Ala-Ala BBQ


Assalamualaikum.
     Bertemu kembali kita hari ini.Saya sebagai Chef pada hari ini, saya akan mengajar anda memasak.........Ayam Bakar Ala-Ala BBQ .....



Bahan:
1. Ayam (1kg) potong 16
2. Bawang merah (1/2kg)
3. Halia (40g)
4. Kunyit hidup (50g)
5. Serai (5 batang)
6. Cili merah (4-5 biji)
7.Madu lebah, Jintan putih,Jintan manis dan Serbuk kunyit (3 sudu)
8.  Minyak jagung
9. Garam (secukup rasa)
Cara:
Ayam yang dipotong tadi dibasuh dan ditapis airnya. Kisarkan barang 2-7, kemudian gaulkan ayam bersama minyak jagung dan garam secukup rasa. Perapkan sehingga 1 jam.

Kemudian bolehlah dibakar. Dan sediakan sos untuk melazatkan  Ayam Bakar Ala-Ala BBQ 

Selamat Menjamu Selera. Sambil Melayan Lagu Di treshermarl.blogspot.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan