Isnin, 27 Ogos 2012

Nasi Ayam

Assalamualaikum.
  Tiba hari minggu biasanya bersantai je kat rumah. Jadi apa lagi, AkuNakMasak la jawabnya. Sebenarnya Apa yang aku nak bagi tau ni Aku Yang Kena Masak hahahaha. Apa lagi Jom Layan masak Sambil Layan Lagu kat sini >>>>>MemanggilaBeb<<<<< 
     Jadi menu kita hari ini ialah Nasi Ayam.





Bahan2: (2-4 orang je yang makan)

Beras 1/2 kg
Ayam 1/2 ekor
majerin (untuk menumis)
bawang besar 3 biji
bawang putih 1 biji
halia 
kulit kayu manis
biji pelaga
bunga cengkih
bunga lawang
sos cili
sos tiram
timun 
tomato
salad
garam
kiub ayam

Cara2:

Ayam
Ayam hendaklah direbus terlebih dahulu bersama halia yang dipotong nipis.
ayam yang siap direbus digaul bersama bawang putih dan bawang besar yang dikisar serta
sos cili dan sos tiram (perapkan 20 minit)
kemudian goreng @ dibakar.
Air rebusan boleh dibuat sup.

Nasi
(gunakan periuk)
Tumis bawang besar, bawang putih yang dikisar dan kulit kayu manis, biji pelaga, bunga lawang, kiub ayam (gunakan majerin). setelah naik bau harum tumisan itu tadi, masukkan beras yang telah dibasuh dan dituskan bersama halia yang dipotong nipis. gaulkan seketika hingga sebati bersama garam secukup rasa. masukkan air rebusan ayam mengikut sukatan yang bersesuaian. kemudian sedia untuk dimasak seperti biasa.

Setelah siap semuanya hiaskan dengan salad, timun dan tomato. selamat menjamu selera sambil melayan lagu 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan